Wednesday, December 16, 2009

Pembaziran!


ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.
Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.
Syed Muhd. Alwi
Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.
Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000.
Tindakan protes membuang susu ke dalam parit tu mengundang rasa sedih bukan sahaja kepada Pengarah Urusannya, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah tetapi juga para pekerja yang melihat keringat mereka menjadi sia-sia dan masa depan menjadi samar-samar.
Semalam, Fidaf meneruskan lagi tindakan protes dengan membuang 16,500 liter susu segar ke dalam parit dengan Syed Muhd. Alwi berteriak bahawa mereka bukan sekadar membuang susu tetapi juga punca rezeki.
Beliau mendakwa pihaknya serta pengeluar susu tempatan lain semakin tersepit dan tidak lagi dapat menandingi bekalan susu import yang menguasai 95 peratus pasaran

-LEBIH ELOK DERMA KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN!

2 comments:

  1. salam, terlebih dahulu saya minta maaf atas perbuatan saya.Bukan tanak derma ke orang tapi apabila kita dah tau itu satu perbuatan sabotage dan kilan pulang balik susu itu dengan alasan dah rosak macam mana nak bagi orang? tapi untuk pengetahuan saudara yang saya hormati selepas kejadia itu ada dua tiga kali lagi susu di rejek tapi kita bawah balik dan hantar balik selepas 2 hari mereka kata susu elok dan di terima.pada masa kini kita tak cukup susu untuk hantar ke kilang.

    ReplyDelete
  2. 死亡是悲哀的,但活得不快樂更悲哀。..................................................

    ReplyDelete