Wednesday, September 2, 2009

Mourinho silap salahkan puasa

Mourinho silap salahkan puasa

MILAN: Pemain tengah Ghana, Sulley Muntari, membuktikan kepada pengurus Inter Milan, Jose Mourinho yang mendakwa puasa menjejaskan prestasinya apabila memberi persembahan cemerlang ketika kelabnya membelasah jiran terdekat, AC Milan, 4-0 dalam perlawanan Sabtu lalu. Media di Ghana memuji pemain itu kerana terus berpuasa. Mourinho membayangkan Muntari mungkin dikecualikan daripada senarai pemain selepas menggantikannya dalam perla-wanan menentang Bari selepas hanya 30 minit, minggu lalu.
Dalam perlawanan menentang AC Milan, Muntari diletakkan di kerusi pemain simpanan dengan pemain Holland, Wesley Sneider, dipilih oleh Mourinho dalam kesebelasan utama. Tetapi, apabila dia menggantikan Thiago Motta selepas 60 minit perlawanan berlangsung dan Inter Milan mendahului 3-0, Muntari menunjukkan puasa tidak menjejasnya. - Agensi