Monday, October 26, 2009

Timbang bonus penjawat awam, kata Cuepacs

Timbang bonus penjawat awam, kata Cuepacs
26th October, 2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.
Presidennya, Omar Osman, berkata memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu.
“Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurang-kurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini kelmarin.
Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan.
“Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu,” katanya.
Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.

RAKAMAN HALAQAH TV9 DI WP LABUAN

RAKAMAN HALAQAH TV9 DI WP LABUAN
Posted by: Abu Nuha on: 23 Oktober 2009
In: Dakwah Isu Semasa Promosi
Tinggalkan Komen
TAJUK : KUSUT MASAI
Tarikh : 28 Okt. 2009 (Rabu)
Masa : 7 Malam
Tempat : Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan.
Anjuran : TV9 & Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Panelis :
Ust Hj Zahazan Mohammed
Ust Hazaruddin Baharuddin
Ust Hj Ahmad Syukri Yussof (Hos)
Umat Islam dijemput hadir.
Label: , , ,

Sunday, October 25, 2009

Ahli PIBG disaran ronda kawasan sekolah

Ahli PIBG disaran ronda kawasan sekolah
KUCHING 24 Okt. - Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dicadangkan supaya kerap melakukan rondaan ke kawasan persekitaran sekolah masing-masing bagi memastikan tahap disiplin di kalangan pelajar terkawal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina berkata, ketika ini, ramai pelajar yang terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti suka ponteng kelas, merokok dan merayau-rayau di kawasan sekitar berdekatan sekolah.
Menurutnya, ahli-ahli PIBG dengan kerjasama guru-guru sekolah perlu melakukan rondaan dan memerhati keadaan persekitaran sekolah terutamanya ketika waktu belajar sedang berlangsung bagi mengelak perkara seumpama itu berlaku.
''Ini kerana, ada pelajar yang ponteng kelas dan pergi ke lokasi yang terlindung daripada pihak sekolah untuk melakukan gejala tidak sihat.
''Di sini, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan disiplin anak-anak dari semua aspek termasuk mengelak mereka terjebak dari gejala negatif agar menjadi modal insan yang berguna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Ke-21 dan Karnival Hari Jualan PIBG Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Lundu, dekat sini hari ini.
Pada masa yang sama, Mina turut mencadangkan pertemuan yang lebih kerap di antara guru-guru kelas dan ibu bapa bagi mengetahui prestasi akademik dan kokurikulum semasa anak-anak mereka.
Katanya, dalam pertemuan tersebut, guru kelas anak masing-masing boleh memberi taklimat secara ringkas mengenai seseorang pelajar terbabit malah boleh bersemuka dengan ibu bapa pelajar.
Tambahnya, langkah ini penting bagi membolehkan ibu bapa pelajar berkenaan mengetahui dengan lebih dekat lagi perkembangan serta tingkah laku dan disiplin anak mereka.
''Bagi membentuk modal insan yang mantap, kerjasama dan persefahaman antara ibu bapa dengan guru-guru harus diperkasakan menerusi penyertaan mereka dalam PIBG ini.
''Demi kebaikan anak-anak dan sekolah, sokongan dan hubungan erat ibu bapa dengan para guru tidak dapat dipisahkan untuk menggilap serta memantapkan kualiti yang sedia ada dalam diri pelajar itu sendiri," ujarnya.
Pada majlis yang sama, Mina telah mengumumkan geran sebanyak RM5,000 kepada PIBG SMK Lundu bagi mengendalikan aktiviti tahunan mereka.

Friday, October 9, 2009

Daerah Penampang perlukan masjid

Daerah Penampang perlukan masjid
KOTA KINABALU 8 Okt. - Kerajaan negeri diminta membina sebuah masjid di daerah Penampang dekat sini bagi memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan ibadat.
Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Sabah, Abdul Mukti Syaubari berkata, ketiadaan masjid di daerah itu telah menyukarkan penduduk Islam di daerah ini menunaikan ibadat.
"Kemudahan masjid amatlah penting bagi masyarakat Islam menunaikan ibadah seharian mereka.
"Jadi penduduk Islam di daerah ini merayu supaya kerajaan mempertimbangkan membina sebuah masjid untuk kemudahan masyarakat Islam di daerah ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Suria dekat sini semalam.
Daerah yang terletak bersebelahan bandar raya Kota Kinabalu itu mempunyai keluasan kira-kira 46, 347 hektar dengan jumlah penduduk kira-kira 137,002 orang.
Parlimen Penampang yang diwakili oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok mempunyai kira-kira 12,653 pengundi berdaftar yang mana 11 peratus daripadanya adalah bumiputera beragama Islam.
Abdul Mukti yang juga Pengerusi Biro Agama, UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, ketiadaan masjid di daerah Penampang pada masa ini menyebabkan penduduk Islam di situ terpaksa menggunakan masjid negeri untuk menunaikan solat Jumaat.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas menyebabkan mereka sering terlambat dan kadangkala tidak sempat mendengar khutbah Jumaat.
"Jadi pembinaan masjid di kawasan ini amat perlu dilakukan dengan segera untuk kebaikan umat Islam di daerah ini," katanya.

Saturday, October 3, 2009

Ketsana!

Satellite Images Reveal Ketsana's Deadly Western Pacific MarchSatellite Images Reveal Ketsana's Deadly Western Pacific March
Posted on: Thursday, 1 October 2009, 10:50 CDT
NASA's Aqua satellite flew over Typhoon Ketsana during its lifetime and captured infrared imagery on a daily basis. The images showed high, cold, thunderstorm cloud tops (purple) as cold as -63F, as they dumped heavy rains over the northern Philippines and Vietnam.
Although Ketsana was a tropical depression when it made landfall in the northern Philippines, it brought record rainfall, creating deadly flooding and mudslides. Flooding killed 246 people in the Philippines, and affected more than 2 million homes there.
Ketsana made landfall in the Vietnamese province of Quang Nam at around 2 p.m. local time. When it made landfall, it was a Category 2 typhoon with maximum sustained winds of up to 144 kilometers per hour (90 mph).
In Vietnam's central highland province of Kon Tum, Ketsana destroyed or damaged approximately 170,000 homes, and crops and irrigation systems. More than 350,000 people were evacuated before the typhoon made landfall. Ketsana was downgraded to a tropical depression after crossing into Laos early Wednesday.
GA_googleFillSlotWithSize("ca-pub-5440138744487553", "News_Main_300x250", 300, 250);
Even in Cambodia, Ketsana killed 9 people and destroyed almost 100 homes in Kampong Thom province, which is located 80 miles north of the capital Phnom Penh.
NASA's Aqua satellite flew over Typhoon Ketsana during its lifetime and its Atmospheric Infrared Sounder (AIRS) instrument captured infrared imagery from September 26-30. The images showed high, cold, thunderstorm cloud tops as cold as -63F as they dumped heavy rains over the northern Philippines and Vietnam. That data helped forecasters see that Ketsana had powerful rain-making thunderstorms. AIRS provided valuable infrared data on Ketsana's cloud top temperatures, which are important because they tell forecasters how high thunderstorms are, and the higher the thunderstorm, the more powerful.
Satellites provide helpful information to forecasters on what to expect from the storm, and forecasters in the Philippines posted warnings the day before Ketsana (called Ondoy in the Philippines) made landfall. Now, forecasters are watching Typhoon Parma approach.
Text credit: Rob Gutro,NASA/Goddard Space Flight Center
---
Image Caption: The Aqua satellite flew over Typhoon Ketsana during its lifetime and captured infrared imagery from September 26-30. The images showed high, cold, thunderstorm cloud tops (purple) as cold as -63F as they dumped heavy rains over the northern Philippines and Vietnam. Credit: NASA/JPL, Ed Olsen