Wednesday, November 18, 2009

Loji arang Batu?

Pembinaan janakuasa arang batu mesti dimuktamadkan
18th November, 2009
KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan untuk membina janakuasa arang batu di kawasan Felda Sahabat di Tungku, dekat Lahad Datu mesti dimuktamadkan kerana keperluan yang meningkat.
Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) semasa membahaskan ucapan Bajet Tahun 2010 di Dewan Undangan Negeri di sini kelmarin berkata, kerajaan mesti bertindak pantas dan tegas tanpa terpengaruh oleh dakyah-dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu meletakkan kerajaan dalam keadaan yang terus dipersalahkan oleh rakyat.
“Negara-negara membangun seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah, malahan Singapura sebuah republik yang kecil dari segi keluasannya serta terkenal dengan sensitivitinya dalam soal-soal perlindungan alam sekitar juga menggunakan janakuasa berasaskan arang batu.
“Oleh itu, persoalannya yang mana harus diberikan perhatian dan keutamaan; kepentingan rakyat atau pihak-pihak yang mempunyai agenda dan muslihat yang tersembunyi?,” tegas beliau.
Katanya apa yang perlu dilakukan adalah untuk ‘minimize’ kesan negatif dari pembangunan itu.
Dalam hal lain, Ramlee menyifatkan tingkah laku pihak pembangkang membangkitkan isu cuti 16 September bagi seluruh negara mulai tahun depan sebagai gimik kerajaan Barisan Nasional, umpama ‘anjing yang makan muntah sendiri’.
“Dahulu merekalah hero menuntut agar 16 September ini diiktiraf sebagai detik bersejarah bagi penubuhan negara Malaysia, bila kerajaan tunaikan, maka sekali lagi mereka berdolak-dalik.
“Kini barulah terlihat wajah mereka yang sebenar, yang hanya mengungkit isu-isu politik murahan dan perkauman untuk kepentingan politik mereka dan bukannya kebajikan rakyat,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment