Monday, July 27, 2009

Perbankan internet dari puncak Kinabalu, SYABAS!

Transaksi perbankan dari puncak Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU - Sebagai membuktikan komitmen untuk memperluas rangkaian perbankan ke Sabah, sekumpulan kakitangan kumpulan Al-Rajhi Bank mahu mencatat rekod menjadi bank pertama di Malaysia menjayakan transaksi perbankan dalam talian esok dari puncak Gunung Kinabalu.
Jika berjaya, bank itu akan diiktiraf sebagai bank pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan transaksi perbankan dalam talian dari paras paling tinggi dalam negara.
Pengurus projek bagi melakar sejarah itu, Mohd. Najid Yahya yang juga Naib Presiden Kanan Risikan Perniagaan Al-Rajhi Bank berkata, salah satu daripada objektif projek itu adalah untuk menghantar mesej kepada penduduk Sabah bahawa bank berkenaan akan membuka cawangan di negeri itu tidak lama lagi.
"Kami merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan di Sabah menjelang suku pertama tahun depan," katanya dalam temu bual dengan Bernama semalam.
Najid menjelaskan, bank berkenaan sudah memperoleh lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment