Saturday, February 7, 2009

MASIH MENUNGGU JUMAAT SULONG DISEKOLAH.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah pada hari khamis baru2 ini (5/2/2009), dua orang pegawai dari pejabat mufti telah datang ke sekolah untuk membuat pemantauan terhadap lokasi solat jumaat ekoran daripada permohonan pihak sekolah pada awal Januari. Respon yang diberi amat positif tetapi ketetapannya akan diberi oleh Dato' Mufti. Cuma syarat untuk mengadakannya secara berterusan termasuk cuti sekolah amat berat bagi kami dan seperti hampir mustahil kerana ketiadaan jamaah pada waktu tersebut. Harapan kami masih tinggi walaupun tidak dapat memenuhi syarat ini, sama2 kita doakan. kelmarin (6/2/2009) sebelum pulang pada jam 11.25pg sempat saya singgah di surau bertanya khabar dengan pelajar lelaki sesi petang yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Riak wajah mereka amat2 mengharap agar solat jumaat dapat segera diadakan. Saya menyuruh mereka bersabar dan memberi penjelasan kepada ibubapa terhadap situasi yang berlaku. Hati kecil saya tetap merasa berdosa selagi masalah ini tidak selesai, Ya Allah ampunilah dosa2 ku............

No comments:

Post a Comment