Friday, February 27, 2009
Our Moon...
Monday, February 23, 2009
Makruh dan Batal Solat
4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia, serta segala yang membuat orang lalai dalam shalatnya atau menghilangkan kekhusyu'an shalatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.
"Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW menyebutkan tentang menyapu di masjid (ketika shalat), maksudnya menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila memang harus berbuat begitu, maka hendaklah sekali saja." (HR. Muslim).
"Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya (dengan telapak tangan), beliau bersabda, 'Kalau kamu melakukannya, maka hendaklah sekali saja." (Muttafaq alaih).
"Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dalam shalat dan menutup mulut." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).
Adapun jika menutup mulut karena hal seperti menguap ataupun yang lainnya maka hal tersebut dibolehkan sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.
8. Shalat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).
9. Shalat sambil menahan buang air kecil atau besar, dan sebagainya yang mengganggu ketenangan hati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan shalat seseorang yang Bmenahan buang air kecil dan besar." (HR. Muslim).
10. Shalat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:
Hal-hal Yang Membatalkan Shalat
Shalat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:
2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan pelaksanaan shalat
"Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu shalat, salah seorang dari kami berbicara kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri karena Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang berbicara." (Muttafaq alaih).
Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan shalat, maka hal itu diperbolehkan seperti membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam, atau imam setelah memberi salam kemudian bertanya apakah shalatnya sudah sempurna, apabila ada yang menjawab belum, maka dia harus menyempurnakannya. Hal ini pernah terjadi terhadap Rasulullah SAW, kemudian Dzul Yadain bertanya kepada beliau, 'Apakah Anda lupa ataukah sengaja meng-qashar shalat, wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Aku tidak lupa dan aku pun tidak bermaksud meng-qashar shalat.' Dzul Yadain berkata, 'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah. 'Beliau bersabda, 'Apakah yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? Para sahabat menjawab, 'Benar. ' Maka beliau pun menambah shalatnya dua rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).
3. Meninggalkan salah satu rukun shalat atau syarat shalat yang telah disebutkan di muka, apabila hal itu tidak ia ganti/ sempurnakan di tengah pelaksanaan shalat atau sesudah selesai shalat beberapa saat. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW terhadap orang yang shalatnya tidak tepat.
Lantaran orang itu telah meninggalkan tuma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk rukun.
6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan shalat, seperti mengerjakan shalat Isya sebelum mengerjakan shalat Maghrib, maka shalat Isay itu batal sehingga dia shalat Maghrib dulu, karena berurutan dalam melaksanakan shalat-shalat itu adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan shalat itu.
7. Kelupaan yang fatal, seperti menambah shalat menjadi dua kali lipat, umpamanya shalat Isya' delapan rakaat, karena perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahwa ia tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan ruhnya shalat.
Monday, February 16, 2009
Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Sunday, February 15, 2009
Bubur Lambuk Limbanak
Aksi 'angkat periuk' Cikgu Roslan dan Cikgu Alwi, dua 'orang kuat' majlis.
Bubur Asyura - Asal Usul dan Pengajaran
Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak""Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam).
Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi. Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanyaفي يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدسوحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقولMaksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).
Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.
Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.
Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah
(dipetik dari http://hijriah.jentayu.com/)
Monday, February 9, 2009
Senarai Produk Yahudi/USA
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
Sejarah Yahudi dalam Al Quran (1)
RINDU UNTUK SYAHID & SENYUMAN SYUHADA' GAZA
Lihatlah dan tatapilah wajah-wajah syuhada' Gaza yang tersenyum; dan mereka akan lebih tersenyum di akhirat nanti. Moga-moga aku akan menjadi sebahagian daripada mereka yang telah gugur syahid kerana mempertahankan agama ALLAH. Aamien ya Rabb
Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.
Saturday, February 7, 2009
BAGAIMANA MEMPERBAIKI PERKHIDMATAN DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN?
Kita sering mendengar dan membaca di kaca televisyen dan di dada akhbar mengenai kelemahan Doktor di Hospital Kerajaan. Jika kita fikirkan balik mengapa terjadinya sedemikian, sedangkan gaji orang yang bernama DOKTOR ini diberi sangat istimewa berbanding dengan pekerjaan-pekerjaan yang lain. Mengapa diberi istimewa? Kerana banyak pekerjaan di dunia ini doktor adalah dianggap penyelamat nyawa. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya................
Pernahkah anda sakit dan ditahan dalam wad? Ataupun anak / isteri / suami / bapa / ibu / saudara yang sakit di hospital kerajaan? Ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Tahun 2008 dari pertengahan tahun hinggalah hujung tahun selama 80 hari saya berada di hospital kerajaan. Kali pertama saya menjaga anak lelaki saya di Hospital Likas dan kali kedua saya menjaga bapa mentua saya di Hospital Queen Elizabeth.
Kita lihat dulu pengalaman pertama saya, pada hari khamis malam bulan Mei anak lelaki saya demam panas hingga mencapai 41 darjah celcius, kami telah membawanya ke Hospital Likas pada jam 8 pm atas nasihat doktor dari klinik. Di sana saya dan isteri sangat berharap ada doktor yang dapat merawat demam panas anak lelaki kami. Apabila kami sampai di wad tiada sebarang tindakan yang dibuat ke atas anak kami. Kami tanya jururawat apa tindakan susulan yang mereka buat? Tapi mereka pun tidak tahu. Kerana tiada doktor yang bertugas pada masa tersebut sedangkan anak kami demamnya tidak surut.
Dalam jam 11 lebih malam adalah seorang doktor yang datang mengambil darah anak kami. Rupa-rupanya dia adalah 'doktor pelatih'. Soalan saya di sini ialah mana doktor yang terlatih??? Jam 3 pagi keadaan anak saya semakin tenat sehinggakan terpaksa disambung oksigen, masa tu barulah ada doktor datang merawat dan anak kami terpasa dimasukkan dalam ICU. Di mana silapnya??? Adakah jika seseorang itu hampir nyawa-nyawa ikan baru ada doktor menjelma seperti cerita donggeng Pari-pari datang membantu apabila dalam kesusahan. Inikah yang dikatakan penyelamat nyawa manusia? Sedangkan dari awal anak saya dimasukkan dalam wad mereka tidak membuat sebarang tindakan, jangankan harap rawatan muka doktor pun tidak nampak!.
Anak saya telah koma selama 50 hari, sepanjang dia koma banyak yang saya perhatikan kelemahan doktor yang perlu diperbaiki di hospital kerajaan. Pertama doktor terlatih sepatutnya orang yang pertama menyambut pesakit yang baru dimasukkan dalam wad dan bukannya doktor pelatih atau jururawat. Kenapa rasionalnya doktor terlatih perlu ada dalam wad kerana sebarang keputusan tidak boleh dibuat oleh jururawat. Kedua doktor sepatutnya berperanan sebagai merawat pesakit dan bukannya pemutus nyawa seorang manusia. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang anak saya koma doktor sering berulang-alik memberitahu yang anak saya telah meninggal dunia. Di sini saya tidak tahu sama ada doktor itu tahu ka membezakan antara orang yang sudah meninggal atau belum. Sedangkan jantung anak saya masih lagi berfungsi dan badannya masih lagi nampak merah. Siapa doktor? Tuhan? Mereka sepatutnya tidak boleh membuat keputusan yang telah ditentukan oleh ALLAH sedangkan nyawa mereka lagi dipegang. Ketiga doktor mestilah sentiasa berada dalam wad supaya setiap keputusan sama ada pemberian ubat mahupun khidmat nasihat dapat dibuat dengan cepat. Ini saya dapat lihat dalam pengalaman kedua saya iaitu ketika saya menjaga bapa mertua saya. Sepatutnya bapa mertua saya sudah dapat dikeluarkan dari wad tapi memandangkan doktor seorangpun tiada dalam wad, maka terpaksalah bapa mertua saya menunggu sampai tiga hari dalam wad. Selain itu juga, dari segi memberi keputusan untuk pemberian ubat pun lambat kerana jururawat terpaksa menunggu doktor datang. Secara keseluruhannya, kelemahan hospital kerajaan boleh diatasi dengan memperbaiki perkhidmatan doktor.
Sebenarnya semua ini adalah untuk membuka mata hati kita semua, walaupun anak lelaki saya telah tiada lagi dan kami sekeluarga menerima dengan penuh redha tapi kami tidak mahu orang lain akan menerima nasib yang sama seperti yang kami alami.
XPDC BUKA PASTI DI KG BISUANG (siri 2)
6 Februari 2009 · Dikirim dalam Dakwah, Ziarah
Rombongan meneruskan perjalanan, melalui jambatan gantung sejauh 40 meter yang merentangi sebatang sungai. Selain peserta yang berjalan kaki, dua buah motorsikal juga bergerak perlahan merentasi jambatan gantung.
Walaupun letih berjalan, kelihatan semua peserta bersemangat dan membawa peralatan sekolah bersama-sama.
Sekitar 11.30 pagi, ahli rombongan kelihatan lega seketika apabila selamat tiba ke lokasi. Di sana, selain pelancaran PASTI oleh Sdr Ahmad Fazilah, turut berucap ialah ketua kampung.
Di Kg Bisuang, rombongan juga menyampaikan beberapa sumbangan berupa beras, minyak, tepung dan gula. Tidak ketinggalan sumbangan kopi radix HPA.
Rombongan dan penduduk kampung juga bertuah kerana mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan dilakukan oleh Dr Nizam yang berasal dari Mauritius, tetapi telah menetap di Sabah.
Natang yang hadir sekali..
Peserta XPDC bergambar kenangan
XPDC BUKA PASTI DI KG BISUANG (siri 1)
6 Februari 2009 · Dikirim dalam Dakwah, Ziarah
Pada 27 Januari lalu, seramai 15 peserta melakukan ekspedisi ke Kg Bisuang dalam program utamanya pembukaan PASTI baru di sana.
Para peserta yang kebanyakannya tinggal di Kota Kinabalu mula berkumpul di Taman Lok Kawi Sabindo.
Setelah bersarapan pada 9.30 pagi di rumah Cikgu Abd Hamid selaku Pengarah PASTI KK @ panglima program, kesemua peserta memulakan perjalanan dengan menaiki 2 buah kereta pacuan 4 roda dan 3 buah motorsikal.
Hampir sejam kemudian semua peserta tiba di Kg Kaiduan setelah melalui perkampungan Sulim dan Tampasak.
Sekitar 10.45 pagi, dari Kg Kaiduan kesemua peserta terpaksa menyambung pergerakan dengan berjalan kaki hampir sejam sambil masing-masing membawa peralatan sekolah yang diperlukan seperti kerusi, meja dan sebagainya.
Untuk ke perkampungan berkenaan, sebarang kereta tidak dapat melaluinya kecuali basikal dan motorsikal.
bersambung…
MASIH MENUNGGU JUMAAT SULONG DISEKOLAH.
Alhamdulillah pada hari khamis baru2 ini (5/2/2009), dua orang pegawai dari pejabat mufti telah datang ke sekolah untuk membuat pemantauan terhadap lokasi solat jumaat ekoran daripada permohonan pihak sekolah pada awal Januari. Respon yang diberi amat positif tetapi ketetapannya akan diberi oleh Dato' Mufti. Cuma syarat untuk mengadakannya secara berterusan termasuk cuti sekolah amat berat bagi kami dan seperti hampir mustahil kerana ketiadaan jamaah pada waktu tersebut. Harapan kami masih tinggi walaupun tidak dapat memenuhi syarat ini, sama2 kita doakan. kelmarin (6/2/2009) sebelum pulang pada jam 11.25pg sempat saya singgah di surau bertanya khabar dengan pelajar lelaki sesi petang yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Riak wajah mereka amat2 mengharap agar solat jumaat dapat segera diadakan. Saya menyuruh mereka bersabar dan memberi penjelasan kepada ibubapa terhadap situasi yang berlaku. Hati kecil saya tetap merasa berdosa selagi masalah ini tidak selesai, Ya Allah ampunilah dosa2 ku............
Lalulintas sesak dari Masjid Bandaraya KK ke jambatan Likas
Rupa-rupanya satu kemalangan kereta berlaku betul-betul di atas jambatan Likas berdekatan dengan bangunan Yayasan Sabah. Lalulintas kembali normal seperti biasa menuju ke UMS.