Tuesday, May 26, 2009

Ustaz Zahazan Mohamad (Tokoh Tafsirul Quran)

USTAZ ZAHAZAN MOHAMED dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat
pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Gelam sebelum meneruskan pelajaran di
Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya melanjutkan
pelajaran di Kolej Islam Klang pada tahun 1990. Beliau kemudian melanjutkan
pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan pada
tahun 1992 hingga 1996. Meneruskan pengajian dengan Ijazah Sarjana (MA)
dalam Bahasa Arab di UM (2003). Seterusnya beliau menyambung pengajian di
peringkat Phdjuga di UM. Kini menjawat jawatan Pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia. Berpengalamandalam memimpin kursus haji dan umrah,
dan membimbingjemaah haji dan umrah ke tanah suci
Mekah, yang bertauliah dari Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia. Aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah.Penyampai tetap kuliah Tafsir di IKIM.fm. Dalam bidang penerbitan,Ustaz Zahazan telah menerbitkan lebih daripada 10
buah buku dan sebuah album.

#Penulis mengikuti kuliah Tafsirul Quran setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.30am-6.45am di Ikim.FM. Jomlah join!.

4 comments:

  1. salam.. sy pernah mengikuti kuliah ustaz zahzan dan sy tertarik pada satu hadis qudsi yang pernah diceritakan ustaz.. bilamana seorang anak adam berbuat maksiat kpd Allah, langit dan bumi menawarkan diri untuk menghukum orang tersebut, namun Allah menahan dan mengatakan Dia akan menerima taubat hambaNya yg bertaubat,jika hambaNya tidak bertaubat, Allah akan membimbing hambaNya untuk bertaubat. Allah mengatakan kepada langit dan bumi, sekiranya mereka(langit dan bumi) yang menciptakan manusia pasti mereka akan sayang kpd manusia tersebut... hadis ini menjelaskan betapa Allah sayang kpd hambaNya dan memberi peluang untuk bertaubat..sy minta tolong untuk carikan hadis ni sbb saya dah cuba tapi tak jumpa..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustaz...
    sy ada satu pertanyaan.apa yg kita tahu meminum arak adalah haram begitu membawa..bagaimana pula hukumnya yg memegang botol arak contohnya pekerja 7eleven dan kastam...dimana mereka terpaksa memegang botol arak tersebut...harap ustaz boleh jelaskan..
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum ... Saya nak bertanya berkenaan zakat pendapatan, hukumnya dlm islam dan juga berkenaan payung emas bagi pasangan berpoligami.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz . . sy pelajar t6 membuat kajian ttg ketokohan ustaz dalam bdg agama . . sy nak tanya pendapat ustaz ttg soalan sy ni . . mohon ustaz dapat reply dlm wktu terdekat nie :)

    - Apa pendapat ustaz tentang maksud pendakwah mngikut istilah dan kefahaman ustaz sendiri ??

    - terima kasih -

    ReplyDelete