Rombongan meneruskan perjalanan, melalui jambatan gantung sejauh 40 meter yang merentangi sebatang sungai. Selain peserta yang berjalan kaki, dua buah motorsikal juga bergerak perlahan merentasi jambatan gantung.
Walaupun letih berjalan, kelihatan semua peserta bersemangat dan membawa peralatan sekolah bersama-sama.
Sekitar 11.30 pagi, ahli rombongan kelihatan lega seketika apabila selamat tiba ke lokasi. Di sana, selain pelancaran PASTI oleh Sdr Ahmad Fazilah, turut berucap ialah ketua kampung.
Di Kg Bisuang, rombongan juga menyampaikan beberapa sumbangan berupa beras, minyak, tepung dan gula. Tidak ketinggalan sumbangan kopi radix HPA.
Rombongan dan penduduk kampung juga bertuah kerana mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan dilakukan oleh Dr Nizam yang berasal dari Mauritius, tetapi telah menetap di Sabah.
Natang yang hadir sekali..
Peserta XPDC bergambar kenangan
No comments:
Post a Comment