Showing posts with label dipetik: abunuha. Show all posts
Showing posts with label dipetik: abunuha. Show all posts

Saturday, February 7, 2009

XPDC BUKA PASTI DI KG BISUANG (siri 2)


img_0290Rombongan meneruskan perjalanan, melalui jambatan gantung sejauh 40 meter yang merentangi sebatang sungai. Selain peserta yang berjalan kaki, dua buah motorsikal juga bergerak perlahan merentasi jambatan gantung.

img_0270

img_0287

img_0285Walaupun letih berjalan, kelihatan semua peserta bersemangat dan membawa peralatan sekolah bersama-sama.

Sekitar 11.30 pagi, ahli rombongan kelihatan lega seketika apabila selamat tiba ke lokasi. Di sana, selain pelancaran PASTI oleh Sdr Ahmad Fazilah, turut berucap ialah ketua kampung.

img_0372Di Kg Bisuang, rombongan juga menyampaikan beberapa sumbangan berupa beras, minyak, tepung dan gula. Tidak ketinggalan sumbangan kopi radix HPA.

img_0334Rombongan dan penduduk kampung juga bertuah kerana mendapat khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan dilakukan oleh Dr Nizam yang berasal dari Mauritius, tetapi telah menetap di Sabah.

img_0379Natang yang hadir sekali..

img_0381

Peserta XPDC bergambar kenangan

XPDC BUKA PASTI DI KG BISUANG (siri 1)


img_0262Pada 27 Januari lalu, seramai 15 peserta melakukan ekspedisi ke Kg Bisuang dalam program utamanya pembukaan PASTI baru di sana.

img_0256Para peserta yang kebanyakannya tinggal di Kota Kinabalu mula berkumpul di Taman Lok Kawi Sabindo.

Setelah bersarapan pada 9.30 pagi di rumah Cikgu Abd Hamid selaku Pengarah PASTI KK @ panglima program, kesemua peserta memulakan perjalanan dengan menaiki 2 buah kereta pacuan 4 roda dan 3 buah motorsikal.

Hampir sejam kemudian semua peserta tiba di Kg Kaiduan setelah melalui perkampungan Sulim dan Tampasak.

img_0267Sekitar 10.45 pagi, dari Kg Kaiduan kesemua peserta terpaksa menyambung pergerakan dengan berjalan kaki hampir sejam sambil masing-masing membawa peralatan sekolah yang diperlukan seperti kerusi, meja dan sebagainya.

Untuk ke perkampungan berkenaan, sebarang kereta tidak dapat melaluinya kecuali basikal dan motorsikal.

bersambung…

img_0280