Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi!

INI adalah imej TEM (Transmission Electron Micrograph) yang menunjukkan virus A H1N1 'selesema babi' yang tercetus pada 1976. - REUTERS

Apakah ini wabak pemusnah umat manusia? (dipetik dari utusan malaysia)

ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?
Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?
Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.
"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.
''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.
"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.
Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.
Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.
Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.
Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.
''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.
Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.
Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.
Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.
Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

Sunday, April 26, 2009

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009 SMK LIMBANAK


Sekitar majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Limbanak 2009. Sambutan meriah, VIP yang datang Puan Hjh Nuri dari SPP. Tahniah semua!!

Tuesday, April 14, 2009

Keputusan kemasukan ke Matrikulasi ...

Matrikulasi Labuan

Keputusan matrikulasi 17 April
KUALA LUMPUR - Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh mengetahui keputusan rasmi menerusi laman web www.moe.gov.my mulai 17 April ini.
Menurut kenyataan KPM, pemohon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MAT diikuti nombor kad pengenalan pelajar dan dihantar ke talian 15888.
"Talian bantuan bahagian matrikulasi iaitu 03-8884 4100 juga boleh dihubungi untuk keputusan rasmi bermula 17 April ini dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.
"Tarikh pendaftaran pelajar pada 11 Mei 2009 manakala surat tawaran dan maklumat mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar ke kolej matrikulasi atau kolej MARA berkenaan," jelas kenyataan itu di sini semalam.

Friday, April 10, 2009

Planet...sekadar berkongsi

Berikut adalah 4 objek angkasa yang pernah dan sedang diperhatikan oleh penulis menggunakan teleskop rumah. Foto diambil dari sumber lain (wikipedia) bagi tujuan penerangan.
Perbandingan saiz Saturn dan Bumi

Planet Saturn

Planet venus

Planet Venus (Bintang Kejora), pengalaman pertama penulis menjumpai planet ini pagi ini, sekarang planet ini dalam keadaan sabit.

Planet Jupiter bersama 4 satelitya

Bulan (pagi ni berwarna kemerahan)
Allah Maha Berkuasa!

Wednesday, April 1, 2009

CADANGAN BERNAS!!


BERIKUT ADALAH PETIKAN DARI DAILY EXPRESS (SABAH)
Kota Kinabalu: Packets containing horrific images of what can happen to smokers have arrived here and Labuan, ahead of the mandatory June 1 date by which they must be the only ones put on sale.
Some shops in Labuan have already switched to selling these new design packets but dealers here said they wished to clear their normal pack stocks first. Some manufacturers are even cutting prices to encourage smokers to buy the old packs so they can replenish their shelves with the new packs.
The images on the new "health warning packs" are fairly large. They appear on both sides and accompanied by messages like "Cigarette Causes Neck Cancer", "Cigarette Causes Gangrene" and "Cigarette Causes Lung Cancer".
The move is part of the Health Ministry's efforts to create awareness about the dangers of smoking. Prior to this, the Government launched the "Tak Nak" (Say No To Smoking) campaign which was aimed at reducing the number of smokers in the country, targeting mainly at the young.
The campaign, however, was a failure.
A dealer, who is a smoker, himself, does not think the latest campaign would lower the number of smokers in any significant way.
"I don't think it would make much difference. Smokers know very well the risks involved and will still smoke anyway. I'm sure most will find the images disturbing but I doubt many will quit just because of it (new packing)," said Charles Goh Chun Hou, who is among 25 per cent of Malaysians who smoke.
Goh, the General Manager of a local trading company, expects a drop in sales in the initial stage but that after a while people will get used to it based on his observation of what happened in other countries. He said cigarettes in Thailand and Singapore are sold in similar packs, but the number of smokers remained high.
He ventured that smokers who cannot stand the sight of the images may even decide to transfer the sticks into a cigarette case.
"I've been told that dealers in Singapore even sell their cigarettes accompanied with stickers so buyers can cover the images on the pack."
One dealer in Labuan, who wished anonymity, said the ruling was unfair because cigar and pipe tobacco manufacturers appeared to have been spared. The gruesome images are supposed to cover the whole of one side of the pack but dealers prefer it to be split so that the cigarette brand name is more visible.
Some 20 per cent of Malaysians below 18 are smokers and some 50 per cent from this figure smoke daily. As for adults, 25 per cent are smokers with women representing eight per cent. An estimated RM28 million is spent daily for cigarette consumption.