Saturday, March 28, 2009

EARTH HOUR






Hari ini, 28 Mac 2009 jam 8.30-9.30 pm, seluruh dunia mengambil langkah mematikan lampu demi menyokong Bumi melawan kesan pemanasan global yang sedang berlaku sekarang.

Apa yang dikatakan Pemanasan global (Global warming)?

Pemanasan global adalah berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..
RUJUKAN WIKIPEDIA

Saya mencadangkan pembaca sekalian mendapatkan DVD bertajuk 'An Inconvenient Truth'. Pembentangan Global Warming oleh Bekas naib Presiden Amerika, Al Gore.

Beberapa pendapat yang menarik perhatian saya:
1) Pilih pemimpin yang mementingkan alam sekitar, jika tiada pemimpin berciri sedemikian, kita tulis surat kepada pemimpin menyatakan kepentingan alam sekitar, jika tidak dilayan, kita sendiri yang jadi pemimpin alam sekitar!

2) Bumi kita hanya SATU, jagalah ia sebaik mungkin.

3) Wariskan anak cucu kita dengan persekitaran yang sihat. Ingat! jangan sampai anak cucu kita bertanya kemudian hari nanti " kenapalah ibu dan ayah kita tidak menjaga alam sekitar dahulu sedangkan mereka ada peluang, sekarang kita yang menerima padah, malangnya!"

4) Terdapat pertembungan besar antara faktor alam sekitar dan faktor ekonomi, selalunya faktor ekonomi menang kerana dibantu ahli politik. Alam sekitar tergadai kerana kepentingan ekonomi.

5) Pemanasan Global adalah FAKTA bukan auta! jangan main-main.

Sunday, March 22, 2009

Jumaat@Masjid Bandaraya

Indahnya Masjid Bandaraya. Alhamdulillah..

Saturday, March 14, 2009

SPM 2008 SMK LIMBANAK...TAHNIAH!


Keputusan Sulung SPM 2008 SMK Limbanak.

1. BAHASA MELAYU - 100%
2. ENGLISH - 92.5%
3. PENDIDIKAN ISLAM - 80%
4. PENDIDIKAN MORAL - 97.5%
5. SEJARAH - 91.5%
6. MATHEMATICS - 69.1%
7. SCIENCE - 98.7%
8. KESUSASTERAAN MELAYU - 89.2%
9. PENDIDIKAN SENI VISUAL - 100%
10. ADDITIONAL MATHEMATICS - 53.3%
11. PERDAGANGAN - 92.3%
12. PRINSIP PERAKAUNAN - 57.7%
13. EKONOMI ASAS - 93.3%
14. PHYSICS - 96.4%
15. CHEMISTRY - 100%
16. BIOLOGY - 100%
17. ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY - 100%

TAHNIAH BUAT PENGETUA, GURU-GURU DAN PELAJAR SEMUA!

Saturday, March 7, 2009

Kenapa Doa belum termakbul?



Dalam satu lagi kisah, ketika Ibrahim bin Adham (ahli sufi yang masyhur) berada di tengah pasar Basrah beliau dikerumuni orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya: “Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya?”Beliau menjawab: “Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.
- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu sudah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu sudah makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
- Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
- Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Sama-samalah kita mengambil iktibar, insyaAllah.

Thursday, March 5, 2009

Imej Bulan 5Mac09 9p.m. (Canon PowerShotA430 4.0mp)











Imej yang diambil secara manual menggunakan kamera Canon PowerShotA430 4.0mp yang dihalakan ke lensa teleskop reflektor. (2 minggu tunggu bulan menjelma, akhirnya berjaya juga!).



Wednesday, March 4, 2009

"Saya seorang pengguna jalan raya yang lebih baik dari ayah saya"




VROOM-VROOM (PELAN2 BAH!)
Pada 2-4 Mac lalu, penulis menghadiri Kursus Kelab Keselamatan Jalan Raya Street Smart, Lessons for Life, anjuran Petronas dan Petrosains di Beringgis Beach Resort, Papar. Kursus ini bertujuan mendidik generasi muda berkenaan pentingnya menjaga disiplin dan keselamatan ketika menggunakan jalan raya. Apa yang menarik dalam kursus ini, peserta boleh mengaitkan konsep sains dan fizik dengan keselamatan jalan raya. Kursus yang sangat berguna dan menghiburkan. Tahniah!

Antara modul yang telah dipelajari: Glare, blind spot, inertia, crush and crumple, bumper, chassis, helmet, reaction time, stress, reflector lamp, signage, 2 things at 1 time, mouse trap car dan airbag.





Crush and crample


Bumper




Chassis



Helmet



Mouse trap car



Cat walk reflector




Hangman