Saturday, March 7, 2009

Kenapa Doa belum termakbul?



Dalam satu lagi kisah, ketika Ibrahim bin Adham (ahli sufi yang masyhur) berada di tengah pasar Basrah beliau dikerumuni orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya: “Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya?”Beliau menjawab: “Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.
- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu sudah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu sudah makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
- Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
- Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Sama-samalah kita mengambil iktibar, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment